Saturday, January 8, 2011

Hari isnin

Tiap hari isnin adalah hari yang paling aku tunggu-tunggu kerana pada sebelah malamnya ada kuliah agama;tafsir al-Quran oleh Ustaz Azhar.
Isnin lepas apa yang aku dapat belajar adalah tentang janji-janji syurga.Begitu nikmat kalau dapat masuk syurga.Kisah-kisah ghaib tentang syurga yang wajib diimani.Maka kalau tidak berebut untuk masuk ke dalam syurga amat-amat rugi.
Tapi realiti manusia zaman sekarang apa yang berlaku sebaliknya.Orang berebut-rebut masuk neraka,Wa'iyazubillah!Contoh paling senang apabila kita melepak bersama-sama rakan,paling tak sikit mesti ada masuk bab mengumpat orang,kutuk orang,sangka buruk kepada orang...banyak sekali hal-hal negatif.
Aku sebagai pendengar dengan bodohnya membiarkan perkara tersebut tanpa menegur.Walau dalam hati tidak merelakannya.Dosa,dosa,dosa...Inilah perkara yang harus aku lalui,macam sudah tiada benda lain hendak dibualkan.Kadang-kadang rasa bosan juga dengan semua ini.Islam tapi alpa,tiada langsung prihatin dengan agama yang dianuti.Walaupon kita kata kita solat,tapi dari segi sahsiah mengalahkan yahudi,apa maknanya.
Menurut pemerhatian aku,ramai orang tua yang gagal mendidik anak.Bukan aku nak salahkan 100% kepada mereka apatah lagi dengan suasana Malaysia yang sangat mencabar.Tetapi sekurang-kurangnya kalau tidak dapat mengajar,jadilah contoh yang baik.Buat lebih baik daripada hanya bercakap.
Jadi apa yang berlaku sekarang,trend ini apabila berterusan akan mempengaruhi anak tersebut.Jiwa kosong,jauh dengan Islam.Apabila sudah besar jadilah Melayu yang tidak tau erti agama Islam.Jangan harapkan sekolah untuk mengajar anak,semuanya bermula dari rumah.Sudahnya apa yang akan terjadi kepada generasi sekarang?Sungguh menakutkan...Tengok saja umat manusia disekeliling,ntahla aku pon pening,risau ape lagi.Ni aku tulis pon dah pening nak memikirkannya.
Dosa kecil dan dosa besar sama je,dua-dua kena azab.Jadi saya menasihatkan kepada diri saya agar muhasabah@periksa diri selalu,setiap waktu setiap saat agar tidak dilaknat Allah.
Wassalam.

Saturday, July 31, 2010

Dosa!i like...


Perkataan manusia terbit daripada bahasa arab iaitu insan.Insan diambil daripada perkataan,l'nisyan' bermaksud pelupa.Memang btol aku ni pelupa.Tapi macam mane kalo aku sering buat dosa dengan alasan lupa?Adakah ini satu alasan yang boleh diterima?Senangkan kalau kita buat dosa,kita cakap,'Biasela kita mane boleh lari dari kesilapan,manusiakan pelupa'.
Kenapa plak kita kena buat dosa?ape alasannya?'seronok?','dah biasa?','dah tebiat nak buat camne?','...ala jangan nak jaga tepi kain orang,sibuk je!','nanti kalo tak buat tak campur masyarakat plak',ke dah takde kerja jadi kita tambah dosa sebagai kerja?Dosa memang bes!hahaha.Iyela,kalau tak bes takkan ramai orang suka buat dosa daripada buat pahala.Btol tak?Bagi aku dosa tu maksudnya semua perkara yang ditegah syariat,perkara-perkara yang diluar norma-norma kehidupan yang langsung tiada nilai.
Agak-agak langgar lampu merah tu dosa jugak tak?aku pon tak tau,susah soalan ni.pernah tak korang seronok buat dosa?kalau tak buat rasa ketagih,macam makan kuaci.Dah makan satu,nak satu lagi.Pokoknya kalo tak buat dosa rasa macam tak seronok hidup hari tu.Kalo nak contoh banyak,macam kutuk orang...i like!Tapi baru-baru ni aku terbace artikel dalam majalah,'Solusi' pasal benda ni.Dia kata,kalo orang tu teruk macam mana pon kita jangan sekali-kali pandang rendah,hina,apa lagi mengeji dia sebab apa?sebab rahmat Allah tu amat luas.Selagi kita belum mati,selagi tu la kita masih ade harapan untuk bertaubat.Lagipon kita masuk syurga bukan sebab berapa banyaknya amalan kita,tapi sebab rahmat dan kasih sayang Allah.
Kalo korang nak lagi bes,cubela cari cerita pasal seorang abid yang beribadah selama berpuluh-puluh tahun tapi bila ditanya kenapa dimasukkan ke dalam syurga kerana rahmat Allah bukan kerana amalan dia...silakanla 'google' ye untuk cerita yang selanjutnya.Macam mana plak dengan dosa beli cd cetak rompak?i like...murah dan berbaloi-baloi.Untuk sedapkan hati mungkin tak dosa kot abis beli cerita yang takde makne,rempit,bohsia,lawak budus,konon nak bagi pengajaran kat orang ramai,tapi kenapa plak nak masukkan dalam filem?Kita ikut agama ke agama ikut kita?Ke memang tak amik tau pasal agama pasal mak bapak kita dah ada agama.Tapi kalo korang beli cd peterporn n luna mayat,no comment,lu pikirla sendiri.
Tengok,silap2 aku dah buat dosa kat perenggan atas.Hahaha.Abis tak puas hati kita cakap apa yang kita nak,btol?Maki hamun orang,cakap pedas,sindir bagi terasa hati...Pokoknya banyakla dosa aku buat hari-hari.Takut-takut dosa-dosa tu dah jadik darah daging sendiri.Wa'iyazubillah.Sesungguhnya jalan-jalan ke syurga itu penuh ranjau berduri yang menyeksakan manakala jalan-jalan ke neraka penuh keseronokan tipu daya dunia.Pilihan telah Allah berikan.Ada akal,hati...jangan jadi haiwan.

Friday, July 9, 2010

michael jeksen showdown


9hb 7 aku pergi ke U Mall Skudai untuk menonton filem,'The Twilight Saga-Eclipse'.Aku sampai dalam jam 10.15 p.m.Bila aku sampai aku dapat rasai kehangatan tempat tu,u know the adrenaline burning!hehe.Memang tempat tu penuh dengan manusia yang nak tengok wayang.
Aku dah agak mesti ramai yang minat nak tengok film ni.Jadi bila aku sampai,aku terus ke kaunter tiket.Bila aku tanya seat,dia kata ada tapi ini untuk hall tambahan,maksud dia air-cond tak berapa baik,'awak boleh buka sweater maa'.Owwww,mungkin panas kot,tapi takkan panas macam kat site kot,tak de hal punya kawan!
Aku dapat tiket 10.45p.m.Sementara menunggu,aku jalan-jalan la sekitar mall tersebut.Ntah macam mana aku terjumpa dengan 'moon walk','Auwww',hehe Michael Jackson wannabe versi tempe 2.0.
Siapa tak kenal MJ,1958-2009.Aku pon minat dia.Tapi kalo korang perasan dia pernah jadi back-up singer Rockwell untuk lagu'somebody's watching me'.Aku memang suka dengan lagu-lagu dia.Sekarang dah jadik mayat dah pon,legend!
Layan beb tengok dia joget,manyak syiokkk ooooo.Aku patut dapat dapat rec.masa lagu beat it,tapi iyela aku tak pernah guna cam.tak tau plak nak kena tekan button snap untuk rec.Rilek,kecoh btol.Tapi nasib baik bila aku check,file yang aku rec takde,godek2 baru la dapat rec.Tapi lagu dah tak berapa,joget pon tak power sangat time ni.
Diorang ini tengah berlatih untuk pertandingan tiru macam saya (MJ) kott....Tapi okla aku bagi 5/10.Layan...Selamat berjoget untuk negara.

Sunday, July 4, 2010

Jom lepak mamak.

Kenal sape ni?Inila geng-geng mamak.MAMAK?Kalo korang tak pernah dengar memang pelik,tapi lagi pelik kalau korang tak pernah lepak mamak,haaaa tu lagi pelik gila-babun.
Mamak adalah tempat minum-minum,makan-makan,sembang-sembang....ape lagi?Pokoknya mamak memang tempat untuk membuang masa yang kita rasa banyak kat dunia ni.Buang masa macam keras je ayat tu.Tapi tula yang aku dapat sepanjang aku melibatkan diri dalam aktiviti MAMAK.Nama pon lepak!Mintak maafle kalo perkataan ni menyinggung mana-mana pihak.
Tapi tak dinafikan fungsi mamak ni ade baiknya jugak.Yela bagi yang nak makan,minum,tengok bola terutamanya EPL,mmg inilah tempat yang dicari-cari.Tapi biasela kalau lepak mamak tak minum teh tarik,tak kena roti canai balik la woiiii...hehe.
Aku mula kenal mamak secara aktif dalam tahun 2006.Waktu tu aku bekerja di kilang di pontian.Yela,sebelum masuk kerja aku singgahla dalam kedai ni.Lama-lama aku jadi ketagih terutamanya dengah teh tarik dia yang kawwww!Selepas itu boleh dikatakan setiap hari aku akan duduk lepak sebelum masuk kerja dan selepas balik kerja.Kalau tak pekena mamak macam tak lengkap hidup ni.Jadi bila dah kenal mamak setiap hujung minggu aku akan ajak orang member aku lepak sama tengok EPL(sori tahun ni England hampesss).
Sampai sekarang aku masih lepak,tapi dah jarang-jarang.Lagipon sekarang aku kalau lepak mamak dah tak order teh tarik dengn roti canai,biase minum je.Kalau adepon kadang-kadang.Bila aku fikir,aku tak dapat bayangkan betapa tebalnya gula,minyak roti canai yang aku dah serap.Kesedaran tu dah ade,jadi kenala teruskan.Kepada kawan-kawan sekalian kalau nak lepak boleh tapi kurang-kurangkanla aktiviti ni ape lagi tengah-tengah malam macam dah takde kerja lain.Mase order pastikan cakap,"Ane,teh tarik kurang manis 1".Dan yang paling penting jangan suka sangat makan roti canai malam-malam,kalori tu...korang nak main futsalke?hehe.
Akhir sekali,ape yang aku dapat simpulkan...teh tarik mamak memang kawww...

Saturday, July 3, 2010

aku kerja kat sinila!

Ini la tempat keje aku.Hari-hari aku masuk sblm kol 8.30 pagi.Masuk opis,termenung kejap,tengok-tengok repot,update mane yang patut lepas tu pegi sarapan yeaaaa...hehe.

Lepas sarapan barula kerja.Sebenornye inila budaya diorang,jadik kene follow the leader.Lepas sarapan pegi site tengok-tengok ape yang patut.Mane tau ade breakdown ke ape ke,kadang-kadang operator ni memainkan peranan gak dalm hal merosakkan sume ape jadah yang ade dalam tempat keje aku ni.Tapi bagi aku itu sume cabaran bukan masalah.

Bile sume dah siap,kite minum dulu.Ade 1 kedai tu atas bukit.Tu memang hari-hari aku lepak.Mee goreng die sedap!Lupe nak crite,aku ade partner yang keje kat sini.Name glamer die Bard R1.canggih tak name tu?hehe.Die ni orang lame jadik diela tempat rujukan aku.Kadang-kadang panas gak telinga,hari dengan die,iyela otai!Tapi aku kool...Sebenornye ramai budak-budak yang keje kat sini tapi dieorang banyak yang keje kat luar.peace!
Jam 5.30 p.m waktu balik.Abis,bile time balik ape yang aku buat.Blahla...hehe ape jadah aku nak lepak lame-lame kat sini.Tapi setakat ni aku rase keje ok,tapi nak kaye jangan harapla.Yang aku harapakan,aku dapat keje kat sini dengan cemerlang dan ikhlas.PERSOALANNYA:Dimanakah tempat kerja aku?HuaHuaHua..

Saturday, May 29, 2010

This is my first blog although i knew this thing before all of you can talk.lol.OK,be serious now,why are we blogging?This question will remain in deep undeground,because this Q does not need any answer.How is that?Simple!When we ask with a word,WHY it depends on what type of Q is that.Maybe it use to get info,opinion either than that is to provoke or just for nothing.
For an example,"why i chosed this topic?"...see,i really-really do not know.seriously.haha.please welcome me as a future trusted blogger in the world. c-ya