Tiap hari isnin adalah hari yang paling aku tunggu-tunggu kerana pada sebelah malamnya ada kuliah agama;tafsir al-Quran oleh Ustaz Azhar.
Isnin lepas apa yang aku dapat belajar adalah tentang janji-janji syurga.Begitu nikmat kalau dapat masuk syurga.Kisah-kisah ghaib tentang syurga yang wajib diimani.Maka kalau tidak berebut untuk masuk ke dalam syurga amat-amat rugi.
Tapi realiti manusia zaman sekarang apa yang berlaku sebaliknya.Orang berebut-rebut masuk neraka,Wa'iyazubillah!Contoh paling senang apabila kita melepak bersama-sama rakan,paling tak sikit mesti ada masuk bab mengumpat orang,kutuk orang,sangka buruk kepada orang...banyak sekali hal-hal negatif.
Aku sebagai pendengar dengan bodohnya membiarkan perkara tersebut tanpa menegur.Walau dalam hati tidak merelakannya.Dosa,dosa,dosa...Inilah perkara yang harus aku lalui,macam sudah tiada benda lain hendak dibualkan.Kadang-kadang rasa bosan juga dengan semua ini.Islam tapi alpa,tiada langsung prihatin dengan agama yang dianuti.Walaupon kita kata kita solat,tapi dari segi sahsiah mengalahkan yahudi,apa maknanya.
Menurut pemerhatian aku,ramai orang tua yang gagal mendidik anak.Bukan aku nak salahkan 100% kepada mereka apatah lagi dengan suasana Malaysia yang sangat mencabar.Tetapi sekurang-kurangnya kalau tidak dapat mengajar,jadilah contoh yang baik.Buat lebih baik daripada hanya bercakap.
Jadi apa yang berlaku sekarang,trend ini apabila berterusan akan mempengaruhi anak tersebut.Jiwa kosong,jauh dengan Islam.Apabila sudah besar jadilah Melayu yang tidak tau erti agama Islam.Jangan harapkan sekolah untuk mengajar anak,semuanya bermula dari rumah.Sudahnya apa yang akan terjadi kepada generasi sekarang?Sungguh menakutkan...Tengok saja umat manusia disekeliling,ntahla aku pon pening,risau ape lagi.Ni aku tulis pon dah pening nak memikirkannya.
Dosa kecil dan dosa besar sama je,dua-dua kena azab.Jadi saya menasihatkan kepada diri saya agar muhasabah@periksa diri selalu,setiap waktu setiap saat agar tidak dilaknat Allah.
Wassalam.
Saturday, January 8, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
