Saturday, July 31, 2010

Dosa!i like...


Perkataan manusia terbit daripada bahasa arab iaitu insan.Insan diambil daripada perkataan,l'nisyan' bermaksud pelupa.Memang btol aku ni pelupa.Tapi macam mane kalo aku sering buat dosa dengan alasan lupa?Adakah ini satu alasan yang boleh diterima?Senangkan kalau kita buat dosa,kita cakap,'Biasela kita mane boleh lari dari kesilapan,manusiakan pelupa'.
Kenapa plak kita kena buat dosa?ape alasannya?'seronok?','dah biasa?','dah tebiat nak buat camne?','...ala jangan nak jaga tepi kain orang,sibuk je!','nanti kalo tak buat tak campur masyarakat plak',ke dah takde kerja jadi kita tambah dosa sebagai kerja?Dosa memang bes!hahaha.Iyela,kalau tak bes takkan ramai orang suka buat dosa daripada buat pahala.Btol tak?Bagi aku dosa tu maksudnya semua perkara yang ditegah syariat,perkara-perkara yang diluar norma-norma kehidupan yang langsung tiada nilai.
Agak-agak langgar lampu merah tu dosa jugak tak?aku pon tak tau,susah soalan ni.pernah tak korang seronok buat dosa?kalau tak buat rasa ketagih,macam makan kuaci.Dah makan satu,nak satu lagi.Pokoknya kalo tak buat dosa rasa macam tak seronok hidup hari tu.Kalo nak contoh banyak,macam kutuk orang...i like!Tapi baru-baru ni aku terbace artikel dalam majalah,'Solusi' pasal benda ni.Dia kata,kalo orang tu teruk macam mana pon kita jangan sekali-kali pandang rendah,hina,apa lagi mengeji dia sebab apa?sebab rahmat Allah tu amat luas.Selagi kita belum mati,selagi tu la kita masih ade harapan untuk bertaubat.Lagipon kita masuk syurga bukan sebab berapa banyaknya amalan kita,tapi sebab rahmat dan kasih sayang Allah.
Kalo korang nak lagi bes,cubela cari cerita pasal seorang abid yang beribadah selama berpuluh-puluh tahun tapi bila ditanya kenapa dimasukkan ke dalam syurga kerana rahmat Allah bukan kerana amalan dia...silakanla 'google' ye untuk cerita yang selanjutnya.Macam mana plak dengan dosa beli cd cetak rompak?i like...murah dan berbaloi-baloi.Untuk sedapkan hati mungkin tak dosa kot abis beli cerita yang takde makne,rempit,bohsia,lawak budus,konon nak bagi pengajaran kat orang ramai,tapi kenapa plak nak masukkan dalam filem?Kita ikut agama ke agama ikut kita?Ke memang tak amik tau pasal agama pasal mak bapak kita dah ada agama.Tapi kalo korang beli cd peterporn n luna mayat,no comment,lu pikirla sendiri.
Tengok,silap2 aku dah buat dosa kat perenggan atas.Hahaha.Abis tak puas hati kita cakap apa yang kita nak,btol?Maki hamun orang,cakap pedas,sindir bagi terasa hati...Pokoknya banyakla dosa aku buat hari-hari.Takut-takut dosa-dosa tu dah jadik darah daging sendiri.Wa'iyazubillah.Sesungguhnya jalan-jalan ke syurga itu penuh ranjau berduri yang menyeksakan manakala jalan-jalan ke neraka penuh keseronokan tipu daya dunia.Pilihan telah Allah berikan.Ada akal,hati...jangan jadi haiwan.

No comments:

Post a Comment