Sunday, July 4, 2010

Jom lepak mamak.

Kenal sape ni?Inila geng-geng mamak.MAMAK?Kalo korang tak pernah dengar memang pelik,tapi lagi pelik kalau korang tak pernah lepak mamak,haaaa tu lagi pelik gila-babun.
Mamak adalah tempat minum-minum,makan-makan,sembang-sembang....ape lagi?Pokoknya mamak memang tempat untuk membuang masa yang kita rasa banyak kat dunia ni.Buang masa macam keras je ayat tu.Tapi tula yang aku dapat sepanjang aku melibatkan diri dalam aktiviti MAMAK.Nama pon lepak!Mintak maafle kalo perkataan ni menyinggung mana-mana pihak.
Tapi tak dinafikan fungsi mamak ni ade baiknya jugak.Yela bagi yang nak makan,minum,tengok bola terutamanya EPL,mmg inilah tempat yang dicari-cari.Tapi biasela kalau lepak mamak tak minum teh tarik,tak kena roti canai balik la woiiii...hehe.
Aku mula kenal mamak secara aktif dalam tahun 2006.Waktu tu aku bekerja di kilang di pontian.Yela,sebelum masuk kerja aku singgahla dalam kedai ni.Lama-lama aku jadi ketagih terutamanya dengah teh tarik dia yang kawwww!Selepas itu boleh dikatakan setiap hari aku akan duduk lepak sebelum masuk kerja dan selepas balik kerja.Kalau tak pekena mamak macam tak lengkap hidup ni.Jadi bila dah kenal mamak setiap hujung minggu aku akan ajak orang member aku lepak sama tengok EPL(sori tahun ni England hampesss).
Sampai sekarang aku masih lepak,tapi dah jarang-jarang.Lagipon sekarang aku kalau lepak mamak dah tak order teh tarik dengn roti canai,biase minum je.Kalau adepon kadang-kadang.Bila aku fikir,aku tak dapat bayangkan betapa tebalnya gula,minyak roti canai yang aku dah serap.Kesedaran tu dah ade,jadi kenala teruskan.Kepada kawan-kawan sekalian kalau nak lepak boleh tapi kurang-kurangkanla aktiviti ni ape lagi tengah-tengah malam macam dah takde kerja lain.Mase order pastikan cakap,"Ane,teh tarik kurang manis 1".Dan yang paling penting jangan suka sangat makan roti canai malam-malam,kalori tu...korang nak main futsalke?hehe.
Akhir sekali,ape yang aku dapat simpulkan...teh tarik mamak memang kawww...

No comments:

Post a Comment